Popular Post

Bahagia

By : Habibullah Aziz
Sedang leka mendengar penjelasan ustaz yang panjang lebar berkenaan sosok tubuh ilmuwan islam Hujjatul Islam Al-Ghazali, aku meraba-raba poketku yang hampir tiga kali bergetar dalam kocek seluar. Sudah tiga kali aku putuskan panggilan telefon. Memang sejak awal menjejakkan kaki ke institusi ini, aku memang tegas dengan diri aku agar tidak menjawab panggilan telefon ketika di dalam kelas terutama saat sang guru sedang mengajar. Kepantangan aku bila ada orang menelefon tika tu.

Tapi hari itu lain sedikit, kerana panggilan telefon bertalu-talu, langsung menimbulkan kegusaran berlaku dalam diri. Takut-takut ada panggilan kecemasan dari orang tersayang. Aku menahan kembali perasaan itu sehingga ustaz memberi masa lima minit atau 'take five' untuk aku menghubungu pemanggil sebentar tadi. Setelah tujuh kali bergetar telefon pintar, aku meminta izin kepada pensyarah yang memberi masa lima minit rehat untuk keluar sebentar. Aku lihat nombor itu tiada dalam carta kenalan dalam telefon. Ah, parah ini. 

Aku menghubungi nombor yang tidak diketahui itu. Dengan suara seorang lelaki yang serak basah menyatakan bahawa sahabat baik aku telah dimasukkan dalam unit rawatan rapi kerana baru sahaja kemalangan jalan raya sebentar tadi saat pensyarah baru memulakan kelas. Suara itu kemudiannya memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis daerah. Katanya ini nombor terakhir kawan aku mendail. Baru aku teringat bahawa kawan aku ini tiada siapa-siapa dalam hidupnya kecuali aku. Dia menumpang hidup dengan kawan-kawan dan aku adalah kawan paling rapat beliau.

Perasaan bercampur baur, sedih, takut, risau dan runsing saling berlari-lari dalam benak fikiran ini. Tidak tahu mana harus ku sorokkan perasaan dan fikiran ini. Air mata mula perlahan keluar satu demi satu. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke hospital setelah memohon kebenaran untuk keluar terlebih dahulu akibat urusan kecemasan. Dalam perjalanan doa tidak putus buat sahabat yang tercinta. Aku berharap tika itu Tuhan mendengar bisikan hambaNya yang hina ini. Mulut aku terkumat-kamit agar kawanku diberi kemudahan.

Pandangan ku mulai kabur. Sekeliling menjadi hitam sebentar. Aku jelas dapat melihat saat manis malam tadi bila kami sama-sama bergelak tawa selepas kelas. Tajuk perbincangan di dalam kelas adalah kematian. Sempat beliau bergurau padaku " Belum pernah aku jumpa kebahagiaan, bagaimana rasanya kebahagiaan itu ? Adakah sempat aku temui saat manis kebahagiaan itu ?. Oh ya mungkin bila aku mati nanti itulah kebahagiaan" katanya padaku, Dahiku berkerut sebentar, "bagaimana mungkin ia boleh terjadi". "Kau tahu bukan bahawa sembilan puluh peratus orang yang kita sayang sudah berada di alam sana, Bukan sahaja kesayanganku tetapi kesayangan kau juga ". Aku semakin pening.

Nabi, Sahabat, para awliya' semuanya sudah berada di alam sana, semuanya sudah kembali pada Tuhan. Mungkin kebahagiaan aku bila mana aku dapat persiapkan diri untuk menjumpa Tuhan dan menjumpa semua kesayangan aku itu termasuk keluarga aku. Jadi bergembiralah aku dan bahagialah aku saat menghadapi kematian. Senyumannya petang itu sungguh manis, dan aku rasa itulah satu-satunya senyumannya yang paling ikhlas sekali. Aku diam. " Adik, bangun kita sudah sampai di Hospital, ambil tisu ini lap air mata kamu itu. Segan nanti kalau orang tengok " hulur  pakcik yang duduk di sebelah aku. Mimpi rupanya.

Setelah dua jam mundar mandir di depan bilik unit rawatan rapi aku mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu di surau hospital. Pada sujud terakhir, aku merintih seperti rintihnya seoarang hamba pada tuannya. Kira-kira lima minit dahi ini melekap pada sejadah. Basah. Sejadah tadi basah dengan guguran air mataku. Menadah tangan agar semua urusan kawanku dipermudahkan urusan dan selamat semua pembedahan. Saat keluar dari bilik surau, seorang lelaki lengkap berpakaian doktor bedah dan mukanya begitu sugul sekali. Katanya kawan aku sudah pun menghadap Illahi. 

Ku tatap muka sahabatku buat kali terakhir. Pegawai polis menyerahkan alquran padaku. Katanya alquran ini dijumpai dalam poket beliau sebelum kemalangan. Nyata benar itulah alquran sahabatku yang senantiasa menemani beliau. Terngiang-ngiang kata-katanya bahawa saat kebahagiaanya untuk bertemu orang kesayangannya. Moga Tuhan pelihara kau sahabat di alam sana.

Pakcik

By : Habibullah Aziz
Petang itu, hujan mula membahasi bumi yang mana sudah gersang sekian lama. Panas yang membakar segera padam dek lebatnya hujan. Usai kelas aku meluru ke masjid yang tidak jauh dari kelas kerana bang asar sudah berkumandang. Mempercepatkan langkah agar air hujan tidak banyak jatuh di badan.

Sedang membuka tali kasut terlihat seorang manusia yang kira-kira hampir setengah abad tersandar di luar tiang masjid sambil mulut terkumat kamit. Kagum ! Aku memberi salam kepada beliau lalu terus ke tempat wudhu' lelaki. Hujan masih lebat membahasi bumi, mungkin sebab sudah lama tidak hujan, akhirnya keluar juga.

Solat asar tadi begitu nyaman sekali kerana suasana yang padaku sejuk dan tak panas seperti hari-hari yang lain. Lihat pada jam, ku kira hampir sepuluh minit hujan membahasi bumi dan tiada-tiada tanda untuk berhenti. Kawanku berbisik mengingatkanku mengenai itikaf di dalam masjid. Mungkin dapat membaca fikiranku yang aku akan lama berada di masjid memandangkan hujan dan aku tiada kenderaan pulang. Sudah menjadi kebiasaan untuk berjalan kaki sejak melangkahkan kaki ke universiti.

Mata meliar mencari sesuatu yang menarik pada petang ini dan akhirnya mataku menangkap pada mesin air di sebelah masjid. Ini sudah baik kataku dalam hati sambil mempercepatkan langkah. Sedang melajukan langkah aku perasan sosok tua itu masih bersandar di tiang masjid melihat ke arah hujan tu sambil memeluk tubuh. Dalam hatiku berbicara agar air panas dalam mesin tersebut masih banyak lagi untuk aku beri pada lelaki itu tadi.

Duit ku masukkan satu persatu dan ku memilih air kopi cappucino dan air nescafe. Satu untuk aku dan satu lagi untuk lelaki tadi yang umurnya hampir sebaya dengan ayahku.

" Pakcik, nah ambil air kopi ni. Sejuk-sejuk macam ni sedap minum air panas " sapaku pada pakcik itu sambil menghulurkan air tersebut.

Dia senyum, sambil mengucak terima kasih. Senyuman itu sangat dalam seolah-olah ada cerita di sebalik itu. Berat sungguh rasanya untuk dia mengukirkan senyuman tapi mungkin kerana tepaksa.
Aku mulakan bicara dengan beliau. Sangkaan ku meleset saat dia mulakan bicara. Beliau seorang yang sangat peramah malah pekerjaan beliau sangat aku kagumi. Beliau adalah seorang professor di salah sebuah kuliah di universiti. Sedang kami leka berbual azan maghrib berkumandang dan hujan mulai perlahan. Azan tadi menghentikan perbualan kami.

Persoalan-persoalan tentang akademik sehinggalah persoalan mengenai kehidupan. Semua kami bicarakan dan bincangkan. Perbincangan dua hala yang menarik antara aku dan beliau.Beliau sangat menitikberatkan tentang alam semula jadi. Itulah punca beliau berkerut muka tika bersandar di tiang masjid tadi. Katanya berapa gunung dan bukit telah beliau tawan rata-rata yang sampai ke puncak adalah anak muda dan sihat tubuh badan berbanding dia yang agak berusia.

Beliau sedih melihat anak muda yang sangat tidak mengambil berat tentang semula jadi. Katanya, sepanjang perjalanan saya ke atas saya akan membawa dua plastik hitam besar untuk mengutip sampah yang ditinggal di sepanjang laluan mendaki. Dalam nada yang sedih, beliau kata padaku bahawa suatu saat dia akan bertemu Tuhan jua dan siapa yang mahu menggalas tugasnya itu. Setiap kali pendakian juga satu plastik hitam penuh dengan sampah. Putung rokok, plastik makanan, bekas minuman dan tidak kurang juga ada kasut yang telah koyak diambil beliau.

Sudahlah begitu, saya sangat pelik melihat apa sebenarnya tujuan kamu (anak muda) naik ke atas itu ? Setakat bergambar, menyanyi, terpekik dan terlolong membuatkan saya sangat rimas dan jijik pada trend zaman ini. Ada yang pelik sudah sampai ke puncak duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dan lagi teruk bila duduk di sebalik semak atau batu. Runtun hati saya, sungguh kamu tidak beradab pada makhluk Tuhan ini. Kau bukan sahaja sudah musnahkannya malah kamu berkelakuan tidak senonoh. Sungguh saya berasa hina dan gagal sebagai seorang pendidik. Maka apa guna jawatan saya sebagai seorang Professor tetapi gagal mendidik anak bangsanya sendiri. Air mata seorang pendidik gugur betul-betul di depan aku meluahkan perasaanya yang lama terbuku.

Aku dari tadi diam seribu bahasa tunduk malu pada seorang sosok tubuh yang menginspirasikan aku pada petang itu. Azan maghrib mendayu-dayu memanggil orang untuk datang ke rumah Allah. Kami pun berpandangan dan beliau mengajak aku solat. Rasa sekejap bila berborak namun apakan daya masa itu sungguhlah mencemburui kita. Selesai mengusap muka mengaminkan doa imam dia sempat berkata padaku "Trend zaman sekarang pelik-pelik ye nak, gunung ke bukit ke sanggup anak muda baya-baya kamu tawan, tapi pelik lagi bila mana tangga masjid yang tak tinngi mana pun ni ramai anak muda tak mahu tawan ".

Aku tersenyum dan kata-katanya sebentar tadi sangatlah dalam hingga menusuk ke hatiku.

Sekian.















Hari graduasi

By : Habibullah Aziz
Langit gelap yang tadi menyembunyikan mentari kini memberi laluan pada matahari memancarkan cahaya ke seluruh alam. Aku yang tadi berkata dalam hati.

"Suasana cerah pagi ini lain sekali, mengapa ya ?"


Usai berdandan depan cermin, aku terus melangkahkan kaki ke kelas. Wow ! ramainya orang berjubah dengan topi. rupanya hari ini hari graduasi buat mahasiswa yang melengkapkan tempoh belajarnya.

Minggu ini penuh dengan gambar-gambar abang-abang dan kakak-kakak yang sudah grad dari universiti di wall facebook, group whatsapp dan penuh di media sosial. Bagi aku itulah hadiah buat kamu semua setelah bertungkus lumus siang malam dalam menempuhi satu fasa dalam hidup. Ia sangat memotivasikan kami adik-adik yang masih berhempas pulas menimba ilmu. Banyak kisah suka dan duka dikongsi kepada kami menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di lapangan ilmu. 

Dengan segulung skrol ijazah itu maknanya apa ? Apakah maskudnya buat seorang manusia yang bergelar graduan universiti ? 

Maknanya sudah sampai masanya kamu menggalas amanah untuk  menyebarkan ilmu yang kamu peroleh saat di universiti. Sudah saatnya kamu berkhidmat buat masyarakat yang mengharapkan kamu di pelbagai bidang.  Kamu bersedia untuk memberikan apa sahaja dalam benakmu untuk mendidik anak bangsamu. Inilah makna segulung skroll itu. Masyarakat punyai hak atas skroll itu. Sudah bermula satu fasa baru buatmu.

Kata bijak pandai :
Setiap dari kamu adalah penjuru dari penjuru-penjuru Islam, maka berjuanglah di setiap medan kamu. Amal jamaie yang perlu dipenuhi semua.

Selamat mendidik anak bangsamu wahai para graduan. Tahniah.

Aku bakal menyusul/

Pilihan

By : Habibullah Aziz
Melihat kalendar sudah empat tahun meninggalkan zaman persekolahan. Jujurnya zaman persekolahan banyak membentuk karakter diri. Mengenangkan SPM yang sudah berlalu terkadang banyak emosi dan unsur sentimental terhadapnya. Tidak kurangnya menganggap SPM adalah segala-galanya. Merasakan bahawa peperiksaan ini adalah penentu aras masa hadapannya. Ada juga manusia berfikir bahawa peperiksaan ini adalah hidup mati sebagai seorang budak sekolah. Benda seperti ini biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Semua manusia dicipta dengan daya intelek yang berbeza. Bukan semua manusia yang keluar dari rahim ibunya sudah pandai akan segala hal. Setiap kanak-kanak itu berbeza masa pembelajarannya. Begitulah lumrahnya ada yang bijak dalam peperiksaan dan ada yang 'lambat' dalam peperiksaan. Tapi kalau kita lihat dari kacamata manusia Tuhan menciptakan manusia berbeza itu bersebab. Ada benda budak pandai boleh buat dan ada benda pelajar yang sering dilabel budak kelas belakang boleh buat benda yang budak pandai tak boleh buat.

Ada kawan aku, belajar bijak dan sering mendapat keputusan cemerlang setiap semester, bila habis universiti ada yang berhutang dengan PTPTN dan tidak juga yang menganggur. Ada juga yang kerja makan gaji semata-mata selepas graduasi. Itu mungkin sebahagian, tetapi ada juga yang masih berjaya cemerlang dengan jayanya. Tajaan biasiswa dan ada yang bekerja dengan gaji yang mewah. Itu semua adalah pilihan yang boleh dipilih oleh semua pelajar sama ada memilih untuk terus berjaya atau cukup kejayaan dalam pelajaran semata untuk SPM dan berhenti sehingga memegang skroll ijazah.

Ada juga kawan aku, pelajar biasa yang kelasnya di belakang yang mana cikgu sudah putus asa dengannya dan yang mana bila SPM keputusannya lulus semua pelajaran. Tidak sehebat kawan-kawan yang pandai. Tapi mempunyai satu skill yang tak semua orang ada. Bertukang, membaiki mesin, membetulkan wayering eletrik dan lain-lain. Selepas SPM mereka menyambung di giatmara dan mereka mendapat elaun setiap bulan dan bila keluar dari institusi tersebut mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri. Macam aku cakap dekat atas hidup adalah berkenaan pilihan. Mereka boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembelajaran di institusi-institusi kemahiran dari hanya goyang kaki di rumah selepas SPM.

Kejayaan itu begitu subjektif tetapi pilihan yang kau akan pilih adalah jalan menuju kejayaan. Ingatan untuk aku juga geng.

Begitulah hebatnya Tuhan yang mana menciptakan hamba-hambanya dengan pelbagai keupayaan daya intelek dan kemahiran. Kata Allah " Telah aku ciptakan lelaki dan perempuan dan aku jadikan kau berbangsa-bangsa adalah untuk saling mengenali ".

















Bantu

By : Habibullah Aziz
Assalamualaikum semua, pernah dengar istilah ' kalau tak nak buat baik jangan halang orang buat baik '. Pernah bukan. haha. ok istilah tu bukan apa yang aku nak cerita sebenarnya. Apa yang nak aku cerita adalah berkenaan memberi sokongan untuk orang terus berjaya. 

Aku ni nak kata berjaya tidaklah berjaya sangat cuma setakat umur aku sekarang aku sudah mampu mempunyai satu kumpulan yang aku namakan Trilog iaitu kumpulan budak-budak komik yang menghasilkan komik berkenaan nilai moral, adab dan tarbiyah yang mana jumlah komik terjual setakat ini mencecah 500. Aku juga mengamalkan prinsip ABJJ iaitu ' apa boleh jual-jual '. Aku juga akan belajar apa-apa pun dan akan mencuba apa-apa pun untuk bisnes. Selesai cerita berkenaan dengan aku.

Aku suka tengok kawan-kawan aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes atau bahasa poyo 'cari duit'. Dengan pengalaman yang tak seberapa banyak aku akan beri sokongan, idea agar apa yang mereka usahakan. Ada satu cerita di mana kawan aku ni suka buat khat dan khat dia memang cantik. Kata orang tu sungguh berseni. Pada mulanya dia hanya membuat khat untuk kepuasan dirinya. Kertas-kertas buruk di jalanan dia kutip dan dengan beberapa sentuhan tulisan khat yang sangat cantik di atas kertas buruk itu. Aku yang sedar akan kelebihannya dalam bidang khat mencadangkan agar dia untuk gunakan kelebihannya buat duit.

Dia tunduk " Aku tak tahu " dengan nada lemah. Aku senyum sebab memang makanan aku untuk beri semangat pada kawan-kawan yang baru nak berjinak dalam bidang ni. Aku senyum sambil berkata " tenang bro aku boleh ajar ". Maka aku pon bawak dia jumpa dengan beberapa orang untuk meluaskan rangkaian ( orang kampung aku panggil networking ) bisnes. Selepas beberapa sesi brainstorm dan try and error akhirnya kawan aku ni setuju untuk buat bisnes. Alhamdulillah selepas 3 bulan dia sudah menerima banyak tempahan khat. Kalau dulu aku yang selalu belanja dia makan, sekarang dia yang belanja aku makan. Bisnesnya semakin maju, bahkan lagi maju dari aku. Bayangkanlah kalau dia mampu menjana pendapatannya sebulan tidak kurang rm2000. Kalau belanja aku makan bukan kafe tempatnya, restoran empat paling tidak tempat dia belanja aku makan. 

Itulah kawan-kawan yang membaca post aku, jangan kedekut dengan apa yang kamu ada. Berkongsilah dan bantulah orang di sekelilingmu. Nescaya kau akan lihat perubahan pada diri sendiri. Aku pernah buat dan pernah merasainya. Memang hebat. Hari ini kau tolong orang, esok lusa orang bantu kau.

Sekian 

Ithar

By : Habibullah Aziz
Bosan. Biasalah, malam minggu ramai yang akan keluar sama ada balik rumah atau keluar berjalan. Aku yang masih belum beberapa sihat mengambil keputusan untuk selak-selak balik surah al-hashr. Aku tertarik dengan ayat ke sembilan surah al-Hasyr yang bermaksud 

" Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansor) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung "
(al-Hasyr: 9)

Diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bersumber dari Abu Hurairah bahwa seorang lelaki menghadap Rasulullah saw dan berkata: “Ya Rasulullah. Saya lapar.” Rasulullah meminta makanan kepada iteri-isterinya, akan tetapi ternyata tidak ada makanan sama sekali. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Siapa di antara kalian yang malam ini yang bersedia memberi makan kepada tamu ini ? Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadanya.” Seorang Ansor menjawab: “Saya ya Rasulullah.” Kemudian dia pun pergi kepada isterinya dan berkata: “Suguhkan makanan yang ada kepada tamu Rasulullah.” Istrinya menjawab: “Demi Allah tidak ada makanan kecuali sedikit untuk anak-anak.” Suaminya berkata: “Bila mereka ingin makan, tidurkan mereka dan padamkan lampunya. Biarlah kita menahan lapar malam ini.” Isterinya melaksanakan apa yang diminta suaminya. Keesokan harinya Rasulullah saw. bersabda: “Allah kagum dan gembira karena perbuatan suami-isteri itu.” Ayat ini (al-Hasyr: 9) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang melukiskan perbuatan orang yang memperhatikan kepentingan orang lain.

Aku senyum melihat syarah dan asbabun nuzul ayat ini. Bagi aku ini lah yang dinamakan ithar (الايثار) iaitu melebihkan apa yang kita dapat, diberikan lebih pada org lain. Hanya sedikit utk diri sendiri. Beginilah prinsip dan ukhuwwah orang-orang beriman. Ukhuwah itu adanya tiga tahap. Adapun al-iithar merupakan perkara yang susah untuk dilakukan zaman ini. 














LEMAS

By : Habibullah Aziz
Daun-daun pokok melambai-lambai ke arah mereka anak beranak. 
Angin petang itu sepoi-sepoi bahasa.
Teratak yang mereka diami hampir usang.
Air hujan turun membasahi lantai rumahnya dek bolosnya atap usang itu.
Beginilah mereka menempuhi saban hari sehingga anak itu besar.

Air teh susu itu mereka minum bersama biskut hup seng petang itu.
Aku berdoa siang dan malam agar Tuhan beri aku secebis ihsan.
Jikalau dia mendengar bantulah kami keluar dari kemiskinan ini.
Sudah lama kita berada di takuk kesusahan.
Aku tidak mengerti kenapa bantuan sungguh lambat.
Barangkali Tuhan belum mendengar doaku.

Anaknya diam mengunyah biskut sambil memandang ayahnya.
Dia berkata "Ayahku mahukah mendengar ceritaku ?"
"Silakan wahai,anakku".
Mereka berpandangan.
Kabur sebentar pemandangan.

" Tolong-tolong, Aku hendak lemas " teriak si tua itu.
Kolek kecil di laut itu terhuyung hayang  tidak menandingi laut yang terbentang luas ciptaan Maha Esa itu.
Datang seorang nelayan kapal  menghulurkan tangan.
" Mari pakcik, sambut tangan saya ini ".
Kuning senja jelas kelihatan menandakan malam bertandang menggganti petang.
" Tidak mengapa nak, aku sedang menunggu pertolongan Tuhan ".
Berlalulah perahu tadi meninggalkan si tua tersebut.

Malam menjengah tiba.
Si tua tiada daya melawan ombak laut.
" Tuhan mengapa sukar untuk Kau turunkan bantuanMu ? "
Tidak lama kemudian datang nelayan sambil menjerit " marilah pakcik naik perahu aku ini ".
Dengan jawapan dan nada yang sama.
" Terima kasih nak, aku sedang menunggu bantuan Tuhan, Aku menyusul kemudian ".
Ditinggalkan nelayan itu dengan perut kosong si tua itu dengan angin laut yang kuat.
Tidak lama kemudian matilah si tua itu kerana lamanya menunggu bantuan Tuhan.

Saat dia bertemu Tuhan.
" Tuhan aku punyai satu soalan ".
" Silakan " jawab Tuhan.
" Mengapa kau tidak menghantar bantuanMu. "
" Aku sudah kirimkan dua orang untuk membantumu "
" Kau yang menolaknya ."

Secara tiba-tiba dunia menjadi seperti biasa.
Si anak dan si bapa berpandangan.
Anaknya meneruskan makan sedang ayahnya termenung.
Mungkin sedang berfikir tentang cerita anaknya.



Mana mungkin kau tahu bantuan Tuhan tiba melainkan Dia memberitahumu. 
Sekian.

Budak Hingusan.















Pokok Kelapa

By : Habibullah Aziz
" Cuba lihat pokok kelapa tu, banyak buahnya bukan? " soal ibu.
" Banyak " jawab aku.
" Cuba kamu kira, dalam laman rumah kita ini ada empat sahaja bukan? ".
" 1,2,3 dan 4. Aah ada empatlah ibu ".
" Kenapa ibu menyoal tentang pokok kelapa ini " soal aku.
" Nanti ibu jawab ".

" Huh ". Sudah beberapa hari aku di rumah ibu kerana dipecat dari firma guaman yang terkenal di ibu kota.Bil-bil tunggakan menggunung di atas meja ruang tamu. Kepala aku terhuyung hayang memikirkan beban dan masalah baru yang terpaksa aku pikul di atas pundakku. Ku nyalakan api lighter ke arah muncung rokok. Asap berkepul-kepul memenuhi bilik dan masuk ini sudah 10 batang rokok aku bedal. Telefon yang berdering-dering langsung tidak aku hiraukan walaupun panggilan dari ibu. Hari itu merupakan hari yang paling malang buatku. Merasakan diri adalah tidak berguna, segala sumpah seranah dan maki hamun keluar satu persatu dari mulutku.

Jarum panjang dan pendek menunjukkan sudah pukul 12 malam, dan aku masih berfikir bagaimana aku ingin melunaskan hutang kereta mewah dan rumah mewahku sementara aku sudah lama tidak mendapat pelanggan dan terbaru dipecat. Aku segera menghidupkan enjin kereta Ferrari. " Vroom,Vrooom " bunyi enjin V8 4.3L yang mempunyai kuasa kuda melebihi 480. Aku memecut laju entah ke mana, semua lampu isyarat merah aku langgar sehingga aku rasa kantuk menguasai mata aku berhenti di bahu jalan, aku bersandar di kerusi sambil membuka sedikit tingkap agar pengudaraan masuk dalam kereta lalu terlelap.

" Tarik, tarik, lagi, lagi ". Hari ku dikejutkan dengan sebuah lori tunda menunda kereta mewahku. Pada mulanya berlaku sedikit perbahalan antara aku dan penunda lori itu, tetapi aku terpaksa akur dek hutang setinggi gunung kinabalu itu. Ternyata aku ini tidak mampu menggunakan kereta mewah. Aku berjalan ke perhentian teksi untuk pulang ke rumah. Matahari sudah tegak di atas kepala. Aku menghulurkan not lima belas ringgit pada pakcik yang menghantar sampai ke muka rumah. Ketika membuka pagar rumah, aku lihat papan tanda "for sale" di pintu rumahku menjadikan aku begitu marah. Aku mendapat notis untuk keluar dari rumah kerana tunggakan hutang selama tiga bulan. Ada lagi seminggu sebelum keluar dari rumah.

Selesai mandi aku lihat sekali lagi di luar rumah melihat posmen memberi aku surat.

" Ada surat untuk encik " sambil menghulurkan sepucuk surat yang mempunyai logo bank konvesianal tempatan.

Aku buka sampul tersebut dan serta merta aku hilang punca apabila melihat nama aku sudah disenarai hitamkan oleh bank dan sudah diisytihar jatuh bankrapt. Aku mencapai telefon yang ku biarkan dari malam tadi di atas sofa. Aku menggapainya dan hampir 20missed call  yang nombornya dari kampung. Tika itu bayangan keluarga menerjah otakku. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Sampainya di kampung aku ceritakan semuanya pada keluarga dan nampaknya semua memberi kata-kata dorongan walau ada terselit nada marah dek hidup dengan penuh keborosan dan kemewahan.

" Pokok kelapa ini begitu istimewa bagi ibu nak "
" Kenapa ibu "
" Tadi aku suruh kau kira berapa batang semuanya pokok kelapa ini kerana bilangan pokok kelapa ini melambangkan adik beradik kau yang semuanya ibu tanam selepas kamu semua lahir di muka bumi ini, Kau lihat umur pokok ini sebaya dengan umurmu. Pokok ini begitu banyak buahnya yang sangat bermanfaat kepada kita hendak masak, minum dan lain-lain. Seperti kamu juga, pokok ini hidup dengan memberi manfaat pada sekalian manusia. Sepanjang 29 tahun kau hidup berapa banyak yang telah engkau sumbangkan?, cita-citamu, tenagamu di mana kamu salirkannya nak. Ibu menunjukkan pokok kelapa itu yang sedan meliuk-liuk mengikut arah angin, nak jadilah kamu seperti pokok ini, jadilah insan berguna dan bermanfaat pada orang lain. Kehidupan ini harus diteruskan walau banyak dugaanya sama seperti buah kelapa yang kadang-kadang elok dan kadang-kadang tidak, tetapi terus menyumbang walau apa pun berlaku ".

Ibu menyapu air mataku yang mengalir turun membasahi bumi seperti air terjun.
" Anak mulai saat ini tanamkan dalam diri bahawa Tuhan menjadikan manusia itu tidak sia-sia dan ada motifnya, sesungguhnya Tuhan itu sangat dekat denganmu, Tadahlah tanganmu sujudlah kamu tika masalah menyelubungi diri. Sudahlah yang lepas biarkan lepas moga kau menjadi insan berguna nak".



Habibullah Aziz
Budak Hingusan


Angan-angan

By : Habibullah Aziz
Bayu angin meniup menampar-nampar pipi di waktu malam. Kelihatan dua tiga kunang-kunang yang saling berkelipan bermain di hujung kamar. Fikiran ku melayang dengan angan-angan dan cita-cita. Eh, apakah beza angan-angan dan cita-cita? Bukankah dua perkara ini sama sahaja.

"Aargh, panas sungguh malam ini, duduk di tangga luar rumah lah"
"Bukankah duit untuk mengambil diploma bahasa arab di pusat bahasa di Al-Azhar mencukupi" getus hatiku.

Sejak melangkahkan kaki ke institusi pengajian tinggi di ibu kota dalam bidang agama menyebabkan cinta aku kepada bahasa arab bertambah saban hari. Aku mula berjinak-jinak dengan bahasa al-Quran ketika aku mengenali ustazah Anita di sekolah menengah dahulu. Di dalam kelas aku sering digelakkan oleh rakan-rakan sebaya kerana tidak mempunyai asas yang kuat dalam bahasa arab. Namun bagiku ia bukan penghalang dan aku menganggap ia seagai batu loncatan untuk lebih maju.

Menghafal kamus begitu mainstream kata orang, namun ia adalah salah satu usaha aku untuk menangani kelemahan aku dalam bahasa arab walaupun pernah diperlekeh dan diperli oleh beberapa orang rakan. Hasilnya begitu memuaskan ketika aku terus konsisten.

"Habibullah" panggil ustaz, berdebar jantung aku disebabkan nama terakahir yang disebut dalam kelas.
"Tahniah ! kerana mengekalkan bahasa arab tertinggi dalam kelas tahun ini", sambil tangan ustaz menghulurkan kertas bahasa arab bersama satu bulatan besar. "Ini ganjaran kerana cemerlang dalam kelas saya".

Tisu yang ku pegang ketika itu mulai basah, titik-titik air mata menghujani kerana usaha selama ini sangat berbaloi. Ku cium tangan ustaz dan saat itu rakan-rakan kelas bangun lantas memberi tepukan walau kami dilabel sebagai "kelas jahat" saat itu. Aku mengekalkan momentum sehingga menamatkan zaman persekolahan.

"Doakan aku kak long, aku nak ikut kau satu hari nanti" ujar aku sambil melambai-lambaikan tangan di ruangan perlepasan antarabangsa. Aku menanamkan niat dan angan-angan untuk menyambung pengajian bahasa di timur tengah.

Tertera di surat yang amat ku nanti-nantikan "Tahniah saudara kerana dapat melanjutkan pelajaran di timur tengah dalam pengajian bahasa arab". Gembiranya hati tidak terkata namun melihat kepada bayaran yang harus dibelanjakan, aku bertindak menyimpan surat itu dari pengetahuan keluarga sehingga saat ini dan aku mula mengumpul sedikit demi sedikit wang perbelanjaan untuk ke Timur Tengah nanti.

Lamunanku terhenti disebabkan dengan sapaan ibu yang belum tidur lagi.

"Termenung panjang, fikirkan apa?"
Aku senyum seraya menjawab "Tiada apa-apalah,ambil angin malam sebentar nak tidur la ni".
Masih menyimpan hasrat agar mulut ini dapat meminta izin kedua orang tuaku untuk ke sana.

Jadi adakah angan-angan aku sekadar angan-angan.
Doakan aku.

Budak Hingusan

M.I.S.K.I.N

By : Habibullah Aziz
"Tett tett" bunyi ringtone sahabat baikku.
"Ke mana dia pergi, semalam janji nak makan sekali, dah tiga kali missed called tak berangkat."
"Budak ini tidur lagi ke?" getus hatiku.

Kaki melangkah laju ke bilik sambil perut berbunyi-bunyi mintak dipenuhkan.

"Aku dahla lapar ni boleh pulak tak angkat, kalau tidur lagi nak kena ni dengan aku, memang nahaslah kau kena leter"

"Assalamualaikum, mad ada tak"
"Waalaikumussalam" sahut mad.

Pada mulanya perasaan marah menyelubungi diri kerana tindakan mad yang mematikan telefon dan lupa akan temu janji kami tetapi selepas melihat di tangannya sebungkus maggi aku tidak jadi marah.

"Apa di tangan kau mad, kenapa tak angkat panggilan aku, stress aku kau tak angkat".
"Sorry la bro aku takda niat nak buat kau stress sebab aku ada masalah kewangan sikit, jadi aku tak jadi nak makan dengan kau".

Geram hatiku bila Mad berbicara demikian tetapi aku tetap gagahkan hati dan telinga mendengar. Dalam keadaan yang marah aku duduk kerana dalam hadis nabi jika kamu sedang marah maka duduklah jika sedang berdiri. Jadi aku mengambil keputusan untuk duduk di samping Mad yang baru memulakan cerita.

"Begini ceritanya, tadi aku baru mendapat panggilan dari kampung dan masalah itu sangat berat seperti bukit besar diletakkan di pundakku, adik aku memberitahu bahawa dia sudah seminggu tidak sarapan kerana tidak mempunyai wang yang cukup kerana duit belanja sudah habis kerana membeli ubat demam di klinik."

"Aku bukan orang senang, aku lahir di rumah bidan hujung kampung dan membesar di pondok buruk bersebelahan masjid disebabkan kekangan wang dalam keluargaku. Sejak ayah pergi menghadap Illahi dua tahun lepas aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang, sebagai seorang ketua keluarga di rumah". suaranya pecah-pecah menahan air mata. Bibirnya dikacipkan menahan kesedihan. Kelihatan mukanya kemerah-merahan menahan emosi.

Aku yang tadi duduk lantas menghulurkan tisu sambil menenangkan Mad.

"Semalam kakakku yang sedang melanjutkan pelajarannya di utara Malaysia mahu meminjam duit untuk membayar yuran pengajian yang sudah hampir tamat tempoh pembayaran. Nasib baik aku ada baki duit untuk memberi mereka, Aku sudah memasukkan duit sebanyak dua ribu ringgit ke dalam akaun kakakku dan lima ratus ringgit dalam akaun adikku. Aku juga selalu mengikat perut untuk menyimpan duit, takut-takut ada kecemasan seperti yang berlaku hari ini, aku mintak maaf sebab tak dapat memenuhi janji untuk makan sekali dengan kau.

"Dengan keadaan ekonomi sekarang menambahkan lagi beban. Aku terasa betul dengan kehadiran GST yang menyusahkan aku dan keluarga dan orang-orang yang senasib dengan aku." Suara yang terketar-ketar tadi berubah garau dek marah dengan pak lanun yang sewenang-wenangnya merompak duit-duit rakyat.

"Tidak mengapa Mad, sekarang kau simpan meggi kau tu, kau nak makan apa? aku belanja."sambil menghulurkan tangan dengan harapan dia akan menerima pelawa aku.

"Terima kasih Ihsan, aku bukan tidak mahu menerima pelawaan kau tapi aku sudah masak meggi ni. Sayang kalau nak buang" dengan mencebik muka kepadaku.

"Esoklah kau belanja aku, hari ini meggi ni menjadi santapan malamku".

"Baiklah, esok tau kita makan sekali dan paling penting aku yang belanja ok".

Kami senyum dan aku mengundurkan diri untuk ke kafe.

Senja sudah mula menampakkan dirinya. Azan maghrib bakal berkumandang. Aku mematikan langkah untuk ke kafe dengan menuju ke masjid  Mulutku terkumat kamit mengenangkan kebesaran Allah. Terlintas juga di dalam fikiran mengapa pemimpin negara yang dipilih rakyat sanggup mengenakan cukai yang begitu zalim sehingga orang susah mendapat masalah dan tiada solusi meringankan beban orang susah.

Teringat kata-kata Dr Siddiq Fadzil

"...bukan orang miskin yang mencipta kemiskinan, tetapi struktur dan polisi memiskinkan mereka. Ekonomi yang memenuhi the demand of the rich tetapi menafikan the need of poor".

Kita perlukan perubahan jerit hatiku,

"Kau tidak akan selamanya di atas wahai sang kuku besi dan perompak duit si miskin, sampai masa kau akan jatuh dan kau kelak akan disoal di hadapan Sang Penciptamu, moga dengan apa yang kalian lakukan akan dibalas setimpal atas kelakuanmu".

Azan maghrib bersahutan di ufuk dan aku bingkas bangun mengerjakan solat sambil hati senantiasa berdoa agar negaraku akan dipimpin oleh orang yang betul pada masa yang betul dan merasai kesusahan. Tuhan kau kabulkan doa kami rakyat yang tertindas agar sang penguasa zalim jatuh terbungkam. Aku berharap Tuhan dengar doa-doa orang seperti aku.

Sekian.












B.A.H.A.G.I.A

By : Habibullah Aziz
"Lima ringgit lima puluh sen" ujarku sambil menghulurkan tangan.
"Terima kasih pakcik, nanti kalau saya mahu naik teksi saya telefon pakcik ye" bilang gadis bertudung litup itu.
"Sama-sama nak".

Syukur, alhamdulillah rezeki di pagi hari. Shukor namaku dan nama gelaran dalam kalangan rakan-rakan adalah Pak Ko. Aku antara yang dikenali di Perhentian Teksi Gombak dek kerana celoteh aku yang tak kering gusi. Hidupku sebagai pemandu teksi bermula sejak aku pencen askar lima belas tahun yang lepas. Aku akan memulakan hariku dengan solat di masjid ditemani teksi bewarna merah putih dan aku akan bersarapan di Pusat Perhentian Teksi. Menu dan selera aku isteri sahaja yang tahu nasi lemak dan sambal bersama kacang dan ikan bilis garing sebagai penyedap. Kerjaku spenajang hari adalah membawa penumpang yang rata-ratanya pelajar universiti dan kolej di sekitar Gombak.

Kelulusan sekitar SRP sahaja dan selepas itu bekerja membantu keluarga kerana aku adalah anak sulung dan mempunyai tujuh orang adik beradik. Kematian ayah menyebabkan aku mengambil alih sebagai ketua keluarga. Aku masih teringat kata-kata ayah yang sangat hebat dan amat memberangsangkan saat aku letih. Kata beliau.

" Kamu ini anak sulung, ayah sudah tidak lama di sini. Kau tolong aku jagakan emak dan adik beradik kau yang lain untuk ayah. Kau sudah banyak bekorban sejak aku terlantar di rumah, aku minta maaf pada kau kerna usia mudamu digunakan untuk mencari rezeki. Aku doakan kebahagiaan kau, moga asbab kau membantu keluarga urusan kau dipermudahkan segala-galanya dan moga Tuhan akan gantikan pengorbanankau dengan sesuatu yang membolehkan engkau bahagia ".

Mengalir air mataku sendirian,

"Pak Ko, hantar saya ke stesen lrt" tersentak aku dibuatnya.
Air mataku tadi sempat aku lap dan nampaknya penumpang tadi perasan linangan air mata di kelopak mataku.

"Pak Ko sihat tak? kenapa sedih?" soal penumpang tadi.
"Saya tidak apa-apa, cuma terkenangkan arwah ayah tadi".

Dalam hatiku setiap hari aku menghantar anak-anak orang pergi dan pulang ke universiti atau kolej-kolej. Aku berdoa agar suatu hari nanti anak-anakku juga dapat melanjutkan pelajarannya di peringkat yang tertinggi. Anak pertamaku baru sahaja menamatkan pelajarannya di SMAP Kajang dan sedang menunggu keputusan untuk ke institusi pengajian tinggi.

Aku melihat jam pukul 4.30 petang dan aku terdetik ingin pulang awal memandangkan sudah tiada penumpang dan mahu solat asar berjemaah di rumah. Sampainya aku di rumah, anak-anak ku beratur mengambil wudhu' menunggu giliran. Aku mengetuai solat itu. Setelah selesai solat anak pertama ku mengambil tanganku lantas mengucup tangan dan dahiku.

"Abah, Nurul dapat tawaran biasiswa menyambung pelajaran ke Universiti Malaya, terima kasih Abah " ujar anakku.

Aku lantas cium dan sujud syukur.

"Malam ni Nurul cakap je nak makan mana ayah belanja".
Kelihatan adik beradik Nurul yang lain juga gembira dengan Nurul.

Aku kembali teringat akan ayahku "Terima Kasih ayah, baru aku tahu apa itu erti bahagia setelah penat lelah yang ku hadapi". Hari itu kami sekeluarga bahagia berkenaan berita yang Nurul sampaikan.

Masing-masing mempunyai definisi yang berlainan tentang bahagia.

Ada yang menyatakan bahagia itu mempunyai rumah yang besar, kereta besar. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa bahagia itu jika bebas melakukan apa-apa tanpa keterikatan dengan sesuatu benda.

Tetapi bagiku, bahagia itu bila mana kau sudah melakukan sesuatu benda dengan bagus hasil usaha sendiri. Aku begitu bahagia walaupon pelajaran tidak setinggi mana, rumah tidak sebesar mana, tetapi aku dikurniakan cahaya mata yang mengikut jejak langkah ayahnya yang sering bekorban apa sahaja untuk benda yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Ramai yang bertanya "mengapa kerja sebagai seorang pemandu teksi?".
Tidak kurang jua yang bertanya "untungkah kerja sebagai seorang pemandu?".

Aku tersenyum lantas membalas walau aku hanyalah seroang pemandu teksi yang biasa dan aku sudah redha dengan pekerjaan aku, Tuhan membalas dengan mengurniakan kecerdikan kepada anak-anakku, Tuhan juga mengurniakan sifat tidak lupa diri kepada anak-anakku bahawa untuk apakah dia diciptakan. Itu sudah mencukupi buatku.


Ini adalah kisahku berkaitan dengan kebahagiaan seorang pemandu teksi.
Anda pula bagaimana?




Tidak Logik

By : Habibullah Aziz
Sejak tadi aku duduk termenung melihat awan yang biru yang pelbagai bentuk itu menarik perhatianku. Tiba-tiba terdetik dalam benak akalku yang baru berjinak-jinak mengenali dunia tentang hidup ini tidak logik. Terasa mengantuk seperti batu menghempap di mataku menyebabkan kerusi malas yang tadi aku duduk aku mengubah kedudukannya lebih ke bawah supaya selesa untuk dibuat baring. Sambil melelapkan mata aku dikejutkan dengan getaran di telefon menyebabkan peralihan minda untuk tidur terganggu.

"Siapa pulak yang hantar mesej dekat aku petang-petang ni" bisikku.
"Assalamualaikum, ni bro Habib ke, kalau ya saya Hamdan dan saya mendengar bahawa saudara melakukan perkhidmatan bekam, betul ke?. Kalau betul bila bro free? saya rasa mahu berbekam."

Aku begitu hairan sejak bila aku iklankan perkhidmatan berbekam. Belum cukup setahun lagi aku tawarkan perkhidmatan ni dan masih banyak yang perlu aku belajar. Ceritanya bermula aku mengikuti kursus Perubatan Islam Rehab Hati di Shah Alam dan belajar Hijamah atau bekam bersama abang iparku yang sudah mendapat ijazah sanad dari gurunya di Mesir. 

Timbulnya niat untuk belajar berbekam bermula bila melihat kedua orang tuaku yang sangat hebat selalu sakit-sakit badan kaki dan kepala. Setiap kali pulang ke rumah pasti akan ku mengurut kedua-duanya supaya sakit-sakit badan mereka itu hilang. Saat itu abang iparku mengajarku tentang bekam. Sejak dari itu, aku mengasah potensi mengurut dan bekam kepada ibu dan bapaku sehinggalah di kampus.

Mulanya, aku melakukan perkhidmatan ini kepada kawan-kawa rapatku yang mempunyai masalah sakit-sakit badan dan ternyata hasilnya juga positif, Kawan-kawan mencadangkan aku untuk membuat cas perkhidmatan agar aku mempunyai side income sendiri, dan aku menerima cadangan itu. Aku mengenakan cas perkhidmatan mengikut kemampuan mereka untuk membayar walaupun aku sudah tetapkan harga kerna bagiku kesihatan mereka kebahagiaanku.

Aku juga pelik kerana aku tidak pernah mengiklankan tentang perkhidmatan bekam, tetapi kerap juga telefon berbunyi kerana ada permintaan untuk berbekam. Sungguh hidup ini tidak logik. Terkadang aku memikirkan bahawa rezeki ini datang dengan pelbagai bentuk. Melihat kepada kalam Tuhan yang membawa maksud..

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" Surah Thahaa : Ayat 132.

Aku tersenyum melihat mesej dan membalasnya.

" In sha Allah malam ini saya tiada apa-apa dan jika tidak keberatan bro datanglah bilik saya di Mahallah Bilal, terima kasih ". balasku
Pesanan masuk "Baik malam ini saya datang bilik bro"

Aku yang tadi tersenyum melihat ke awan tadi sambil menjerit Hidup ini memang Tidak Logik dan terima kasih Tuhan. Oleh kerana azan asar sudah kedengaran aku pun lantas bangkit untuk menunaikan solat. 

Sekali lagi terima kasih Tuhan.



B.O.D.O.H

By : Habibullah Aziz
Papp!!! Ustaz Amin menghentakkan meja sambil menunjukkan tangan ke pintu.

"Kamu keluar, berapa kali saya sudah menyebut bacaanya izhar halqi yang kamu pergi dengung tu mengapa, kamu ni memang tak layak nak belajar dengan saya itu tidak tahu, apa yang kamu tahu" tegasnya kepada Ahmad.

Ahmad bangun dengan muka sedihnya sambil menghulurkan tangannya untuk memohon maaf.

"Terima Kasih ustaz kerana mengajar saya mengaji dan maafkannya jika terlampau banyak kesalahannya".

"Esok kamu tak perlu datang ke bilik saya lagi, ini adalah hari terakhir saya mengajar kamu, letih nak mengajar kamu mengaji, dah besar panjang tapi tetap tak pandai mengaji" kata ustaz Amin sambil menghulurkan tangannya.

Ketika keluar dari bilik Ustaz Amin dia teringat akan kisah-kisahnya ditolak ustaz kerana kelemahan membaca al-Quran. Dia begitu sedih sehinggakan bahawa dia adalah lelaki dan hamba yang tidak berguna di sisi Tuhannya dek kelemahan membaca kalam Allah.

Semenjak dari tingkatan dua beliau pernah menerima nasib yang sama seperti hari ini. Mengimbas kira-kira tujuh tahun dahulu, ketika itu dia berkobar-kobar agar dia dapat memasuki KKQ ( kelas kemahiran Al-Quran ) namun ternyata ketika di temu ramah sebelum pengambilan untuk KKQ kami telah ditapis untuk beberapa peringkat dan Ahmad gagal di bahagian bacaan walaupun teori mengenai tajwid hampir semua betul.

Namun semangat juang seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa tetap berjumpa kawan-kawan KKQ untuk belajar mengaji. Ahmad mempunyai ramai kawan-kawan yang pandai mengaji tetapi seperti biasa dengan alasan "Aku pun tak berapa pandai mengaji lagi, apa kata kau pergi belajar dengan ustaz". Keesokannya dengan harapan beliau menunggu di meja ustaz sambil tangannya mengenggam al-Quran buruknya.

"Assalamualaikum ustaz sudi tak mengajar saya mengaji Al-quran" soal Ahmad
"Awak ke yang gugup ketika pemilihan KKQ  tempoh hari?" soal Ustaz
"Ye ustaz, sayalah ketika pemilihan KKQ tempoh hari dan saya tidak lepas pemilihan"
"Beginilah sebenarnya ustaz sibuk dan ada masa waktu malam sahaja" jelas ustaz sambil melihat jamnya, kerana sudah lewat untuk ke kelas.

Berkaca-kaca mata Ahmad berlari meninggalkan bilik guru menuju ke tapak perhimpunan, sambil rakan-rakan melihatnya kehairanan. Dia membuka al-Quran buruknya dan kelihtan tompok-tompok air tumpah di lembaran itu. Sepertinya sudah tiada harapan untuk belajar mengaji. Hari itu merupakan hari yang gelap baginya.

Suatu saat dia melihat rakan sebayanya Zul yang lebih kemas penampilannya, lebih kacak darinya dan lebih berduit darinya yang pada mulanya dia gagal di peringkat pertama KKQ dapat memasuki kelas itu. Dia hairan lantas bertanya kepada sahabatnya,Ali bagaimana Zul mendapat tempat di kelas tersebut, dan mudah jawapan dari Ali.

"Zul itu ada segala-galanya, muka,gaya,dan duit mak bapaknya penuh di poket banding dengan kita mana mungkin ustaz mahu menerima kita, dia jumpa ustaz sekali sahaja terus dapat berbanding kita yang sudah merayu dua tiga kali tetapi tidak dapat" keluh Ali.


"Kun anta tazdad jamala" tersentap dari lamunan panjangnya Ahmad mengangkat telefon dan suara yang tadi sangat lemah bertukar ceria. Edi sahabatnya menelefon bertanyakan tentang pembealajaran al-Quran bersama Ustaz Amin dan setelah panjang lebar cerita Ahmad kepada Edi dia ingin memperkenalkan seorang lagi ustaz yang penyabar orangnya dan baru selesai menghabiskan pengajian peringkat master dalam bidang Quran dan Sunnah. Ahmad begitu gembira tidak terkata dan sehingga kini beliau sudah pakar dalam beberapa bacaan dan quran buruknya senantiasa menjadi pendamping di sisinya.

Di dalam hati Ahmad, sebagai seorang pengajar tidak kisah apa bidang sekali pun hendaklah :

1) Menerima semua orang tidak kira siapa pun kamu dan apa pun jawatan kamu, jika datang kepadamu manusia yang hendak belajar, terimalah walau lemah mana sekalipun.

2) Ajarlah seseorang itu seperti mana kita dahulu yang tidak pandai mengenal huruf sehingga pandai membaca

3) Manusia itu lebih tinggi darjatnya jika mereka sudi berkongsi apa pun ilmu

Akhir sekali,

        "Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia kerana hinanya mereka pada Allah"

(Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)












C.I.N.T.A

By : Habibullah Aziz
Tersenyum sehingga mukanya berubah kemera-merahan pada waktu pagi yang indah. Betapa cantiknya dia sehingga aku jatuh cinta padanya. Aku telah mengenalinya sejak dari bangku sekolah. Menjeling ke arahnya dan bermain mata dengannya, dan ternyata dia jenis yang baik. Sejak dari lirikan matanya yang pertama menyebabkan aku sering memikirkannya pada setiap malam. Aku akan mengungkapkan kata-kata cinta kepadanya pada setiap malam.Apabila melihatnya hati ini menjadi tenang ibarat salji yang menyinar-nyinar disuluh cahaya matahari. Mukanya indah bak bulan purnama dan senyumannya ibarat bintang-bintang di angkasa. Bagaimana tidak saya mengasihi dia dek keanggunan wajah dan elok budi pekertinya. Pabila mata ini memandangnya dia membalas dengan lirikan ayu wajahnya. Hati ini tidak mampu ku pendam lagi.

Gambar hiasan

Suatu hari aku mendapat lebaran keputusan peperiksaan, dengan muka yang agak yakin aku mengambil kertas itu dan ternyata senyuman pensyarah itu tersingkap 1001 kesedihan. Hatiku berantakan melihat kertas peperiksaan yang baruku terima yang tergenggam di tanganku. Hatiku dirobek-robek seperti kertas kosong yang dirobek seribu. Saya pandang ke arah dia, dan dia tersenyum manis seperti manisnya sepohon tamar. Saya pergi mendapatinya, dan semakin lama semakin jelas kelihatan mutiara yang mula bergugur dari mata katanya kepadaku dan dia bertanya mengapa wajahmu sedih begini? Ku katakan padanya

dirobek-robek hatiku dek keputusan yang teruk

" Wahai sahabatku, manakan tidak gugur air mataku memandangkan keputusanku yang jatuh merudum " sambil keputusan yang ku genggam dari tadi sudah mulai basah den berderainya kolam air mata. Dia memujukku dengan kata-kata lembut menyebabkan hati yang sedih tadi kian beransur pulih. Aku meminta izin untuk memegang dia dalam dakapanku. Kala itu hatiku berbisik, dia ini sangat memahamiku seolah-olah kami mempunyai hubungan yang kuat. Mulai detik itu, aku dan dia menjadi kawan karib malahan di mana-mana sahaja kami bersama. Oh gilanya cinta itu!.



Ketika masalah menghamburi mata dan tiada dayanya aku menanggungnya, tempat paling tepat untuk aku melapangkan fikiran dan memikirkan solusi adalah di kampung. Alangkah bahagianya saat pulang ke kampung bersama si dia. Semasa berjalan untuk ke rumah ibu, aku memegang tangannya bersama menuju ke rumah uwan.

Di dalam perjalanan

" siapo yang ekau bawak tu " soal ibuku.
" ini adalah kekasihku " jawabku selamba.

Aku menceritakan perihal kekasihku itu pada keluarga aku, pada adik, kakak, ibu, abah dan uwan.
Muka mereka berubah menjadi kemerahan, tidak tahu sama ada hendak marah atau segan.
Aku megiringi dia ke kamarku. Lalu, ada seorang saudara rapatku memanggilku. "Mengapa membawa kekasihkau ke kamarku, letakkan dia di luar". Ibu yang tadi sudah menahan marah berkata "Ibu tidak pernah mengajar anak ibu membawa kekasih ke bilik, syaitan apa yang sudah merasukmu ini anakku?". Aku mendapati api kemarahan di mukanya semakin menjadi-jadi seperti sutera yang terbakar.

"Di mana kekasihmu itu, aku hendak bertemu dengannya?" soal ibu. Bersabar ibu. Mari ibu aku tunjukkan kekasihku itu. "Di mana kekasihmu itu aku mahu berjuma dengannya". Aku tunjuk ke arah hujung katil "Inilah kekasihku ibu, bukankah dia ni cantik dan lembut". Aku melihatnya dengan pandangan kasih dan mengambilnya menunjuk kepada ibu. Tiba-tiba sahaja air muka ibu berubah dan berkata "adakah ini kekasih yang kau maksudkan tadi". Aku berkata "ya,inilah yang aku maksudkan dengan kekasihku itu wahai ibu yang tercinta". "Ya ini adalah kekasihku yang tercinta, setiap kalamnya indah dan kadangkala tegas kadangkala menggetarkan jiwa, dia inilah peneman setiaku sepanjang masa, setiap kali aku perlukannya dia senantiasa ada, dia tidak pernah jemu dengan kenakalan aku dan setiap kondisi aku dia tetap menerimaku sebagai seorang kekasih, yang ku katakan cantik kerna indah bahasa dan pekertinya membuat aku berubah setiap saat bersamanya, ya dialah kekasihku Al-Quran".

Saat itu juga aku mendakapnya dengan dakapan kasih sayang, Aku berkata padanya engkau bukan sahaja kekasih di dunia, malah setelah aku mati kau masih kekasihku, kerana kau aku mula berjinak-jinak dengan agama, kerana kau hati yang gundah menjadi tenang. Kerana kau juga aku mula mempelajari dan mempraktiskan bahasa arab,yakni bahasa aku sendiri. Sungguh banyak jasamu padaku wahai kekasihku.

kekasihku

"Terima kasih Tuhan kerna menemukanku pada kekasihku ini"
"Moga aku terus bersamanya hingga ke akhirnya" pintaku dalam hati kecil ini.

Ibu senyum lalu bertanya "sudikah kau mengenalkanku pada bahasa-bahasanya yang indah ini?".
Aku mengangguk dan tersenyum "sudah tentu wahai ibuku".

Aku menyelak helaian al-quran lalu membaca tafsir surah at-taghaabun ayat 4 yang membawa maksud "Dia mengetahui apa yang ada di langit dan ada yang ada di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati".

Terima kasih,

C.I.N.T.A



Budak Hingusan










S.U.S.A.H 2

By : Habibullah Aziz
Kesusahan yang ditimpa bukan biasa-biasa. Bukan semua orang boleh menerima kesusahan seperti itu. Nur yang masih muda berumur 21 tahun dan masih cantik sudah pun diuji dengan kesusahan yang manusia sendiri mengelak dan mengeluh untuk menerimanya. Pagi yang cerah itu, setelah selesai masuk chemotherapy yang ke-4 dan seperti biasa dia akan termenung ke luar tingkap dan kadang-kadang merenung wajah orang tuanya yang setia menemani di sisi katil. Di hatinya " Tuhan, mengapa ini semua harus terjadi pada diriku, aku ini insan yang lemah lagi kerdil tidak mampu menanggung segala bebanan ini, sungguh ia amat memeritkan ".

Tangisan kecil Nur menyebabkan ibunya di sisi katil terjaga, senyuman yang diukir ibunya menyebabkan tangisan yang tadi perlahan semakin kuat. Dalam senyuman ibunya itu, naluri sang ibu mengeluarkan tisu lalu si ibu tadi mengesat tangisan anaknya sambil memeluk erat ibunya.Katanya pada si anak "sakit ini sementara, dunia masih belum kiamat, kuatkan semangat anakku. Allah sedang berbicara denganmu supaya ingatan kepadaNya bertambah. Selama ini kau diuji dengan kesihatan dan adakah kau dan aku bersyukur atas nikmatNya itu. Tidakkah kau ingat akan kisah nabi Ayub diuji dengan kesakitan ?". Si anak tadi gugur satu persatu air matanya sambil berkata "Wahai ibuku, kau teruskan bicara mu itu agar aku kuat hatinya". Si ibu tesenyum dan melangsungkan ceritanya.

kelopak matanya basah,air mata berguguran

Ibunya membuka tafsir yang dipegangya sejak dari tadi. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyanyang di antara semua penyayang (1)". Wahai anakku tahukah engkau ini adalah doa yang dibaca saat Nabi Ayub a.s bermunajat dan merintih pada Allah S.W.T. Nabi Ayub merupakan seorang Nabi Allah yang dikurniakan nikmat kekayaan , kesihatan dan keluarga. Beliau tidak pernah lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan. Dengan kuasa Allah, Beliau diuji apabila hartan bendanya dan segala kemewahan yang dimiliki menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis, seterusnya beliau menjadi semakin miskin serta merta. Namun anakku hebatnya Nabi Ayub pendiriannya tidak pernah berubah, Selepas itu, anakku beliau diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan ketaqwaanya semakin meningkat. Bukan setakat itu, beliau sekali lagi diuji dengan penyakit kulit luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit selama tujuh tahun.

Anakku Allah befirman dalam Al-Quran 'Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Inna lillah wa Inna Ilaihi Rojiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk(2)'. Walaupun begitu lama Nabi Ayub diuji sehingga badannya susut, hingga menakutkan mata yang memandang, beliau masih mampu mengingati Allah. Walaupun ramai yang takut melihatnya namun isterinya sabar menemani beliau dan merawatnya.Sehingga begitu sekali beliau diuji namun sungguh hebat sehingga keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah menebal.

Rintihan kepadaNya

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah mengarahkan beliau untuk menghentakkan kaki ke tanah, lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum, dimandikan sebagai penawar. Firman Allah S.W.T

"Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringtan bagi semua yang menyembah Allah(3)".

Anakku Nur, kisah Nabi Ayub banyak memberi pengajaran kepada kita bahawa musibah penyakit adalah ujian dariNya sebelum Allah mengurniakan rahmat kasih sayangNya. Percayalah akan tiba hikmahnya jika bukan di dunia di akhirat akan menanti berkat kesabaran dan keihlasan kita menerima ujian dariNya.

Selama mana kita diuji anakku, ibu tidak akan penah mengutus doa buatmu agar dapat melihat anakku ini membesar seperti sahabat-sahabat mereka. Selagi tulang empat kerat ni masih mampu menjagamu Nur, amanah yang Allah berikan kepadaku tidakkanku sia-siakan. Manakan tidaknya aku mempunyai anak yang bertuah walau diuji dengan pelbagai dugaan sejak kecil, dia masih mampu mengukirkan senyuman yang manis. Anakku cepat sembuh.

Tidak mampu Nur membalas kata-kata ibunya selain air mata berguguran membalas kata-kata ibunya. "Sayang Ibu, moga syurga ganjaran buat seorang ibu yang tabah bersama anaknya". Semoga aku dikurniakan kekuatan seperti kekasihNya Ayub alaihissalam. Ameen.


Budak Hingusan


(1) Surah Al-Anbiya : 83
(2) Surah Al-Baqarah : 155-157
(3) Surah Al-Anbiya : 84

- Copyright © 2013 Pabila tinta Menulis - Sayang Allah - Powered by Blogger - Designed by al-Faqir ilallah -